Kaitan Numberologi dan Inner Self)
Tiga komponen asas yang mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang, iaitu Keturunan, persekitaran dan individualiti
.
1. Keturunan dan Persekitaran
Kedua-dua ini lebih kepada faktor luar yang mempengaruhi seseorang, tetapi individualiti adalah yang paling penting kerana ia datang dari dalam diri kita sendiri, iaitu Inner Self (diri dalaman).
2. Numerologi
Memahami numerologi peribadi boleh membantu seseorang untuk mengenali dan membimbing perkembangan individualiti mereka. Namun, sejauh mana kita membenarkan perkembangan ini berlaku bergantung pada keseimbangan antara tindakan (yang datang dari diri sendiri) dan reaksi (tindak balas terhadap persekitaran dan kewarisan).
3. Tindakan vs Reaksi:
Tindakan adalah bagaimana kita meluahkan dan membangunkan individualiti dari dalam diri. Sebaliknya, reaksi adalah tindak balas kita terhadap faktor persekitaran dan keturunan seperti pengaruh keluarga, masyarakat, atau karma (balasan perbuatan yang lalu). Memahami perbezaan ini penting kerana ia menentukan sama ada kita benar-benar menjadi diri sendiri atau hanya mengikut pengaruh orang lain atau pengalaman lalu. Hanya kita sahaja yang mengetahuinya, adakah perbuatan dan sikap yang ada sekarang 'milik' siapa.
4. Kebebasan dari Pengaruh Luar:
Ramai orang membiarkan individualiti mereka ditenggelami oleh pengaruh luar seperti meniru cara guru, pergaulan ditempat kerja dan hubungan sosial. Untuk berkembang secara peribadi, kita mesti mengenali diri sendiri dan membezakan antara apa yang kita mahukan sebagai individu berbanding apa yang didorong oleh pengaruh luar. Dengan mempelajari numerologi dan memahami diri kita, kita boleh mula membebaskan diri daripada had yang 'dikungkung' oleh persekitaran dan keturunan.
5. Keturunan Karmatik:
Ini merujuk kepada pengaruh daripada kehidupan lampau yang kita bawa ke kehidupan sekarang. Keturunan dari ibu bapa bukan setakat genetik, tetapi juga melibatkan keadaan yang lain. Ianya seperti mental, emosi, dan fizikal mereka semasa kita berkembang sebagai janin. Dalam peringkat awal kehidupan, persekitaran lingkungan dari ibu bapa sangat kuat. Walau bagai mana pun ianya akan berkurangan. Ini disebabkan, apabila kita terdedah kepada persekitaran seperti tadika, sekolah dan lain-lain.
6. Membina Individualiti dari Awal:
Sangat penting untuk ibu bapa mendidik anak-anak dengan disiplin untuk menguatkan individualiti mereka. Harapannya supaya mereka dapat bertindak balas pada persekiran agar indiviualiti asal mereka tidak tengelam . Sekiranya tidak dilatih dengan baik, kanak-kanak akan mudah dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Ianya boleh menyebabkan mereka mengembangkan personaliti yang lain, bukannya personaliti yang sebenar dari dalam diri mereka.
7. Perkembangan Diri:
Untuk benar-benar mengekspresikan individualiti, kita mesti melepaskan diri dari batasan yang ditetapkan oleh orang lain. Kita mesti berhenti mencari alasan atau meniru orang lain dan mula mencari keistimewaan diri kita sendiri!
8. Menggunakan Numerologi untuk Memahami Orang Lain:
Numerologi juga boleh digunakan untuk memahami orang lain. Orang yang berada di sekeliling kita seperti ahli keluarga, rakan sekerja, atau pasangan hidup kita. Dengan mengetahui bagaimana personaliti mereka berfungsi, kita boleh menentukan sejauh mana kita membenarkan pengaruh mereka terhadap hidup kita. Ini akan membantu kita bertindak berdasarkan siapa diri kita yang sebenar, bukan hanya bertindak balas terhadap pengaruh orang lain.
Kesimpulannya, numerologi boleh membantu kita memahami diri sendiri dan orang lain. Dengan adanya pengetahuan ini, kita boleh membuat keputusan yang lebih bijak dalam hidup ini.